Nak shared skit informasi..pada yg dah tau tu bagus la. Aku pun tak tau menda2 ne. aritu jalan2 kt isuhangat.net n terjumpe artikel ne.. so nak shared la gak kan..
Aplikasi Google Yg Orang Ramai Tak Tahu..
Aplikasi Google Yang Orang Ramai Tidak Tahu. Apa yang besnya ialah semuanya free..
Bagaimana anda mencatat nota-nota penting ketika anda melayari internet? Agak sukar juga jika masih menulis di notebook dan pen. Ada orang yang mencatat di notepad tetapi tidak dapat dibuka jika anda melayari di PC lain. Google Notebook adalah alternatif yang sangat berkesan yang memungkinkan anda menyimpan catatan anda secara online.
Kelebihan utama Google Notebook adalah bahawa anda dapat mengaksesnya di mana pun anda inginkan, asalkan komputer memiliki sambungan internet.
Google SketchUp adalah aplikasi percuma untuk membuat gambar 3D.
Tidak seperti aplikasi konvensional lain program CAD 3D, SketchUp sangat mudah untuk bekerja dengan kerana antarmuka grafiknya yang user friendly. Kita juga boleh mencari design yang dibuat oleh pengguna lain di Google SketchUp, untuk anda mencari idea design sendiri.
Google Page Creator adalah sebuah aplikasi berasaskan web yang dapat digunakan untuk membuat website dan halaman web. Halaman yang anda buat akan di-host oleh Google sendiri.
Google Page Creator memberikan anda 100MB ruang penyimpanan percuma dan berbagai template untuk kita memilih dari. Mereka juga menawarkan tiga unik untuk setiap pengguna subdomain seperti http://username.googlepages.com.
Untuk yang kaki tonton. Google Movies membantu anda mencari filem-filem yang sedang dimainkan di pawagam berdekatan rumah anda.
**sumber dari http://isuhangat.net



0 contengan:
Post a Comment